Harga minyak mentah dijangkakan kekal rendah

168

Harga minyak naik 1% hari ini apabila pihak pengeluar dalam OPEC semakin hampir ingin menyekat pengeluaran bagi mengelakkan lebihan pengeluaran yang membuatkan harga minyak kekal rendah selama 2 tahun.

Harga Brent Crude oil didagangkan pada harga 47.35usd , menunjukkan kenaikan sebanyak 49 sen. Manakala harga US West Texas Intermediate (WTI) crude oil menunjukkan kenaikan sebanyak 44 sen dan didagangkan pada harga 46.14usd

Keputusan untuk menghentikan pengeluaran berskala besar tidak di persetujui oleh semua ahli gabungan OPEC, terutama dari negara Iran yang keberatan sebelum ini.
Sebelum ini Iran menggandakan pengeluaran setelah sekatan ekonomi yg dikenakan ditarik balik.

Pihak Barclays menyatakan bahawa impak yang akan berlaku hanyalah sedikit jika semua pihak ahli OPEC mengurangkan pengeluaran kerana pihak pengeluar dari Amerika akan menggandakan pengeluaran atas peluang pasaran (membolehkan harga minyak naik antara 50-55usd per barrel) yang ada apabila ahli OPEC membuat persetujuan untuk menyekat pengeluaran besar besaran.

Biarpun ura ura untuk menyekat pengeluaran itu semakin jelas, tetapi pasaran minyak menunjukkan harganya semakin lemah terutama sekali apabila negara Jepun yang merupakan pengguna minyak keempat terbesar telah mencatatkan penurunan sebanyak 9.5% import minyak mentah pada bulan Oktober tahun ini jika dibandingkan dengan tahun lepas.

TINGGALKAN PESANAN