Harga emas jatuh merudum berterusan pada minggu kedua

633

Ianya disebabkan oleh jualan besar besaran yang menyebabkan minggu lepas yang membuatkan harga emas menyamai harga terendah pada 7 bulan lepas.

Penurunan ini disebabkan juga berlakunya kenaikan nilai dollar yang berterusan meningkat naik mencatatkan harga tertinggi dalam tempoh 13 tahun.

Harga emas kekal terdedah kepada penurunan atas sentimen tersebut namun jika di lihat dari aspek teknikal, akan berlaku kenaikan sementara kerana harganya ditutup pada tanda aras support dari segi analisa teknikal.

Para trader akan memberikan perhatian pada intipati FOMC minute(Rabu)untuk melihat tindakan Bank Pusat kerana ramalan ramai pihak bahawa akan berlaku kenaikan kadar faedah pada bulan hadapan. Dapat dilihat sekarang, peratusan meningkat kepada 98% kemungkinan pihak Bank Pusat akan menaikkan kadar tersebut dan memberi tumpuan serta langkah langkah yang perlu bagi menghadapi tahun 2017.

Jangkaan kenaikan kadar faedah, nilai USD yang semakin kuat dan kejatuhan nilai bond berkemungkinan akan membuatkan permintaan terhadap emas akan sedikit meningkat. Lebih lebih lagi kerana ianya ditutup pada harga yang berdekatan dengan aras support.

Pada carta emas, dapat dilihat harganya di paras Support level 50% Fibo 1203-1210, manakala berdasarkan indicator momentum menunjukkan harga emas pada paras 40 dan ini memungkinkan harga emas masih berpotensi untuk terus jatuh lagi.

Jka harga emas terus merudum, kita boleh jangkakan ianya akan menuju pada harga 1171(level 61.8% fibo) malahan berkemungkinan terus turun pada harga 1120-1123(level 76.8% fibo).

Bagaimana pula pandangan dan analisa anda?