FXCM sertai broker lain untuk menawarkan dagangan Bitcoin.

68
FXCM Group menjadi broker terbaru yang telah melancarkan akses untuk dagangan Bitcoin di platform yang mereka sediakan. Langkah ini dilihat agak terlewat memandangkan banyak pesaing yang telah lebih awal menawarkan dagangan Bitcoin pada klien mereka.

 

Dagangan Bitcoin yang di tawarkan ini boleh didapati pada FXCM UK, Australia dan South Africa dan ianya akan di letakkan dalam kategori  CFD untuk Bitcoin ini dimana ianya akan didagangkan sebagai  pasangan Dolar Amerika (BTC/USD).

Dagangan matawang crypto menunjukkan perkembangan ketara mutakhir ini dimana broker besar dunia sudah menawarkan dagangan crypto selain bitcoin di platform mereka. Antara broker terlibat ialah Admiral Markets, Plus 500, ICM Capital dan banyak lagi

Gain Capital yang memiliki jenama FOREX.com dan merupakan antara pesaing utama kepada FXCM juga telah menawarkan dagangan ini lebih awal pada klien mereka di Eropah, Australia dan Singapura.
Dijangkakan FXCM akan menyediakan lebih lagi pilihan dagangan matawang crypto pada masa depan sejajar dengan perkembangan matawang crypto di ketika ini.

 

TINGGALKAN PESANAN