FXall mungkin dijual pada harga USD3 billion

260

 

Blackstone Group LP  sedang merangka untuk menjual broker FXall pada harga melebihi usd 3 bilion. Kisah FXall ini agak menarik kerana, pada Julai 2012, Thomson Reuters telah membeli FXall pada harga USD 625 juta. Dan Blackstone Group telah membeli majoriti saham dalam Thomson Reuters pada Julai 2018, ini secara tidak langsung membuatkan FXall menjadi milik Blackstone.

 

Dengan majoriti saham itu, pihak Blackstone bercadang untuk menjenamakan semula Thomson Reuters kepada nama Refinitiv dan dengan penjenamaan ini, berkemungkinan FXall akan kekal di bawah pengurusan baru.

Untuk info, jika penjualan FXall ini berlaku, ia akan termasuk dalam senarai broker forex yang berubah tuan dalam waktu terdekat. Antara broker lain yang baru sahaja dijual ialah:

GTX yang dimiliki oleh Gain Capital telah dijual kepada Deutsche Boerse 360T pada harga USD 100 juta di bulan Mei. Dan juga broker EBS yang dimiliki oleh NEX Group akan dibeli oleh CME Group pada harga Euro 3.9 Bilion.

 

TINGGALKAN PESANAN