“FOREX” Adakah ianya sah dari segi undang-undang Malaysia?

111

Salam semua,

 

Bank Negara Malaysia (BNM) telahpun menerangkan bahawa pembelian dan penjualan matawang asing dalam Malaysia hanya dibenarkan kepada bank komersial yang berlesen, bank-bank Islam, bank-bank pelaburan dan juga bank-bank Islam antarabangsa sepertimana telah disediakan dalam akta Exchange Control Act 1953.

Apabila BNM menyatakan “matawang asing” sahaja (bertentangan dengan Aset Matawang Asing), mereka selalunya maksudnya matawang asing dalam TUNAI. Bukannya baki dalam akaun bank anda, dimana kalau kita betul-betul fikirkan, hanyalah nombor dalam bank anda. BNM juga menyatakan bahawa “pelaburan yang TIDAK SAH” tidak dibenarkan, bermaksud bahawa pelaburan yang SAH dibenarkan.

“Di bawah akta Exchange Control Act 1953 (ECA), ianya adalah kesalahan untuk seseorang di Malaysia untuk membeli atau menjual matawang asing ataupun apa-apapun tindakan yang melibatkan atau persediaan untuk membeli atau menjul matawang asing dengan sesiapapun, melainkan dengan dealer / peniaga yang sah. Ianya juga satu kesalahan untuk seseorang untuk membantu atau bersubahat dengan orang lain untuk membeli atau menjual mata wang asing dengan sesiapapun, melainkan jika orang itu adalah seorang peniaga yang diberi kuasa / sah.” Bermaksud bahawa saya BOLEH menjual aset ringgit saya kepada USD dengan mana-mana dealer / agen yang sah (i.e. bank-bank di Malaysia) dan melabur dalam aset USD saya yang baru sepertimana dinyatakan dalam ECM 9: Investment Abroad. * ECM = Exhange Control Notices* Bahagian pertama perenggan yang terakhir merujuk kepada pembelian / penjualan mata wang asing berbanding ringgit. Bagaimana saya melabur aset USD baru saya selepas itu akan menjadi urusan saya sendiri dan saya tidak akan mengadu sakit kerana margin call kerana saya perlu bijak dengan kewangan setiap masa.

Sebahagian daripada amaran dari sidang akhbar BNM yang lepas adalah betul. Terdapat beberapa program latihan yang keji yang menggunakan taktik kotor untuk menarik pelabur-pelabur dan investor yang kurang bersedia dalam forex. Saya juga ada impression / gambaran yang program-program ini hanyalah semata-mata ‘Introducing Brokers’ untuk memperkenalkan broker-broker ‘fly-by-night’ / sementara. Kerana inilah kita seharusnya membuat research dan kajian yang betul untuk menilai broker mana yang dipantau ketat oleh pihak berkuasa kewangan negara offshore. Disini kita boleh tolak banyak broker dari US dan Rusia.

Untuk “Margin Call”, modus operandi ini tidak banyak beza daripada melabur dan berdagang dalam, seperti contoh, KLCI Futures. Ianya hanya akan menjadi isu jika seorang trader itu melabur dengan menggunakan duit tunai (jangan sesekali!).

Apa yang kerap berlaku pada masa kini kepada trader-trader Forex di Malaysia? Trader-trader forex yang tidak bersedia dari segi kewangan / finance melabur menggunakan duit pinjaman (contohnya duit advance dari kad kredit, pinjaman dari keluarga dll). Jika trader ini dari awalnya memang tidak ada disiplin dan kawalan emosi semasa melabur dalam forex menggunakan duit kredit, kita memang boleh jangkakan bahawa dia akan kerugian wang ringgit oleh kerana tidak berdisiplin (menggunakan stop-loss, teknikal dan fundamental lemah, dll) serta mengaplikasikan teknik yang salah (orang seperti ini harus dipanggil ‘kaki judi’ dan bukan ‘trader’). Apa yang trader ini akan selalu lakukan? Dia akan mengadu dengan pihak berkuasa di Malaysia. Ini sudah biasa terjadi.

Berdasarkan tafsiran peraturan yang telah saya beri, perdagangan FX, atas pasangan BUKAN MYR (non-MYR denomination / currency), adalah sah tetapi tertakluk kepada syarat-syarat di-bawah:

1. Trade forex secara bertanggungjawab.

2. Bertanggungjawab untuk dagangan dan trade anda sendiri.

3. Jangan sesekali trade untuk orang lain dengan menggunakan wang orang lain (kerana itu bermakna pengambilan deposit secara tidak berlesen).

4. Jangan minta seseorang / orang lain untuk trader / berdagang bagi pihak anda (kerana itu bermakna meletakkan deposit kepada orang / syarikat yang tidak berlesen).

5. JANGAN trade melawan ringgit Malaysia.

6. Tukar aset ringgit anda kepada USD (sebagai contoh) dengan mana-mana dealer yang berdaftar (iaitu Bank Malaysia) tanpa rasa takut. Dan selepas anda menerima USD aset baru anda, anda boleh berdagang / melabur (iaitu meletakkan deposit) dalam konteks ECM9.

7. JANGAN menukar aset ringgit anda kepada USD dengan peniaga yang tidak sah (anda tahu siapa mereka).

8. Buat research dan penyelidikan untuk offshore broker yang berwibawa / ada reputasi.

9. JANGAN SESEKALI berdagang dengan wang yang dipinjam. Sentiasa pastikan anda mempunyai modal sandaran / backup.

TINGGALKAN PESANAN