Exness kekal konsisten

87

Ada yang ingat pada broker Exness??

 

Mereka antara broker yang aktif di Malaysia sejak 2010 hingga 2017 dan kini tidak lagi menyediakan khidmat untuk trader dari Malaysia. Kenapa begitu, dari sumber dalaman, ianya kerana mereka menurut arahan BNM. Biarpun boleh dikatakan Malaysia ni adalah lubuk untuk broker mendapatkan volume trading dan juga pertambahan klien, Exness kekal utuh dan mencatatkan keuntungan dengan  perkhidmatan mereka pada klien di seluruh dunia.

Kini kami bawakan sedikit berita terkini Exness untuk tatapan anda.

Pihak Exness (FCA, Cysec) melaporkan bahawa mereka mencatat kenaikan sebanyak 8% volume trading pada Oktober 2018 dengan jumlah sebanyak 377 bilion dolar(USD). Ini antara volume kedua terbesar sejak May 2018 dimana mereka mencatat volume trading sebanyak 395.2 bilion  dari trading klien.

 

 

Exness FX volumes Oct2018

 

 

 

 

Senarai trader yang betul betul aktif melakukan trading di catatkan sebanyak 48,078, kenaikan hampir 10% berbanding bulan September 2018.

Bagi sepuluh bulan terawal dalam tahun 2018, Exness telah memproses dengan telus withdrawal klien sebanyak 296 juta USD dan mencatatkan volume trading terkumpul sebanyak 3.17 trilion.

Semua withdrawal, pembayaran affiliate dan volume trading telah di audit oleh syarikat Deloitte dan laporan  terbaru merangkumi kuarter ke 3 tersebut boleh diakses disini. Exness repot (pdf).

 

Sepanjang Jun tahun ini, laporan dari Deloitte menunjukkan bahawa total wang klien yang diuruskan oleh Exness sebanyak 46.9 juta dolar dan wang milik Exness sendiri tersedia sebanyak 135.3 juta dolar yang ditersedia untuk mereka gunakan bagi apa jua aktiviti syarikat.

 

TINGGALKAN PESANAN