EUR/USD menjunam hingga $1.0000?

246

Euro kekal di dalam tekanan pagi ini – dengan EUR / USD lebih cenderung untuk keluar daripada tempoh yang hyper-penyatuan – kebimbangan semestinya bersandarkan kepada polisi Presiden-yang dipilih Donald Trump tentang perlindungan kepada Amerika Syarikat dan keluarnya Britain dari Kesatuan Eropah bukan sahaja akan membantutkan pertumbuhan di zon Euro, tetapi juga akan menambahkan lagi ketidak tentuan ancaman sedia ada yang wujud daripada perpecahan populis hasil dari ketidakstabilan Zon Euro.

Pertumbuhan ekonomi Jerman pada kadar perlahan pada suku ketiga tahun ini kerana eksport jatuh berikutan undi Brexit di UK, menurut Pejabat Statistik Persekutuan (Destatis)pada Selasa lepas. Jangkaan pertumbuhan ekonomi hanya sekadar +0.2% antara Julai hingga September, rendah berbanding jangkkan sebanyak +0.3%. Ianya jauh dengan kadar pertumbuhan pada Q1 yang merekodkan kadar +0.7%.”Pembangunan perdagangan asing mempunyai kesan menurun pada pertumbuhan ekonomi,” kata Destatis. “Eksport menurun sedikit, manakala import menunjukkan kenaikan berbanding dengan suku kedua 2016.”

Walaupun sentimen bertambah baik pada bulan November, ZEW memberi amaran keputusan pilihan raya AS mengancam pertumbuhan ekonomi pada bulan-bulan mendatang. “Petunjuk sentimen ekonomi(The ZEW) telah meningkat buat kali keempat berturut-turut – tambahan disebabkan oleh unjuran ekonomi positif di China dan US, kata Presiden ZEW Profesor Achim Wambach. “. Pemilihan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat dan ketidaktentuan politik dan ekonomi yang terhasil, nampaknya, telah memberikan kesan. Selepas pilihan raya, sentimen ekonomi kurang positif berbanding sebelum ini. ”

eurousd-graph-01Euro memncatatkan kenaikan berbanding Dolar pagi ini di paras 1,08181. Tapi kenaikan semakin malap apabila Usd mula menunjukkan kekuatan(termasuk beberapa data ekonomi AS yang lebih positif), dan ramai menjangkakan EURO yang lemah akan membuatkan EYR/USD ke tahap par atau lebih bawah dari itu.

Ada peluang sebanyak 45% di jangka bahawa EUR/USD aakan menjunam mungkin hingga ke $1.000 menjelang akhir 2017. Data yang dikumpul oleh Bloomberg menunjukkan; EUR / USD tidak pernah menghampiri par $1.000 sejak 2002. Selain Brexit dan polisi Trump yang bersifat melindungi kepentingan Amerika, Euro berada dalam keadaan yang tidak menentu.

TINGGALKAN PESANAN