Dukascopy dalam proses melancarkan Crypto yang akan dikenali sebagai Dukascoins dan Dukasnotes

98

Dukascopy bercadang mengeluarkan dua jenis matawang crypto yang akan dikenali sebagai Dukascoins dan Dukasnotes. Dukasnotes akan di lancarkan sebagai stablecoin dimana ianya ditambat pada aset seperti matawang ataupun emas.

Untuk Dukascoins, ianya akan disandarkan pada blockchain Ethereum apabila ia sedia digunakan dan sebanyak 20 bilion Dukascoins dijangka akan dikeluarkan.

Untuk Dukasnotoes, ianya tidak ada jumlah tertentu kerana ianya akan bersandar pada wang fiat di jamin dan ianya akan diaudit oleh auditor bebas.

Dukascoins telah mencapai tahap pembangunan bersandarkan White Paper dan kini di tahap akhir untuk spesifikasi teknikal, manakala Dukasnotes masih dalam tahap Tesis White Paper.

Pihak Dukascopy menerangkan bahawa proses pembangunan dan penggunaan akan mengambil masa beberapa bulan, sementara itu, insfrastruktur pembangunan Dukascoins akan di ubahsuai untuk melancarkan Dukasnotes.

Pelancaran Dukasnotes dijangka mengambil masa 2-3 bulan selepas pelancaran Dukascoins. Jangkamasa ini di anggarkan tepat sejajar dengan proses kelulusan dari FINMA.

TINGGALKAN PESANAN