Wednesday, November 21, 2018
Laman Utama Berita Lokal Dolar AS kukuh, harga minyak penyebab ringgit masih rendah

Dolar AS kukuh, harga minyak penyebab ringgit masih rendah

108
Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai

SHAH ALAM – Faktor utama nilai ringgit yang masih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS$) ialah berpunca daripada nilai dolar AS yang makin kukuh, selain disebabkan harga minyak mentah rendah.

Penganalisis ekonomi, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata, terdapat tiga sebab nilai dolar AS semakin mengukuh iaitu kadar pertumbuhan di AS yang sangat tinggi iaitu kira-kira empat peratus setahun.

“Kedua ialah kadar faedah di AS meningkat menyebabkan banyak yang memilih untuk membeli bon-bon di AS sehingga meningkatkan lagi permintaan dolar AS.

“Ketiganya pula ialah pasaran saham di AS meningkat sehingga menarik lebih ramai pelabur untuk melabur dalam dolar AS. Selain nilai dolar AS yang semakin mengukuh, nilai ringgit masih lagi rendah disebabkan harga minyak mentah telah menurun sehingga kurang AS$70 setong.

“Sebenarnya mereka (rakyat) tidak perlu risau (nilai ringgit rendah) kerana bukan hanya ringgit yang rendah, semua mata wang dunia lebih rendah berbanding dengan dolar AS,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, tadi.

 

Sementara itu, Barjoyai berkata, nilai ringgit rendah masa kini merupakan pergolakan mata wang dunia yang berlaku dan kebetulan ianya rendah semasa berlakunya peperangan perdagangan atau ‘trade war’ antara Amerika Syarikat dan China.

Bagaimanapun menurutnya, sekiranya peperangan perdagangan berkenaan berlanjutan, berkemungkinan akan berlaku kemelesetan ekonomi.

“Kita tak tahu sebab ekonomi akan berlaku kalau peperangan perdangangan ini berlanjutan… ia (nilai ringgir rendah) akan tamat lewat.

Memetik laporan Bernama, pada 9.03 pagi kelmarin, ringgit berada pada 4.0450 berbanding dolar AS 4.0400 semasa ditutup.

TINGGALKAN PESANAN