Diserbu di Rusia:Alpari, Instaforex, Trustforex, Teletrade, dan Forex Club

216

Pihak Bank Negara Rusia telah membuat serbuan mengejut ke atas beberapa pihak yang menjalankan khidmat brokerage di sana. Langkah ini merupakan tindakan mutakhir setelah bertahun beberapa kontoversi melanda pasaran forex di Russia.

Alpari, Instaforex, Trustforex, Teletrade, dan Forex Club merupakan antara broker forex yang telah digantung lesennya, dan ini pastinya akan membuka pasaran baru untuk bank tempatan .

Langkah mengejutkan ini dilakukan hanya beberapa hari selepas bank negara memberi lesen pada broker Alfa Forex untuk beroperasi di Rusia.

Keputusan untuk menutup beberapa operasi broker forex telah disiarkan di laman web rasmi Bank Negara Rusia dan tempoh sebulan (27 Januari) diberikan pada pihak tersebut untuk terus menghentikan operasi dan membuat pemulangan deposit pada setiap pelanggan.

Penting untuk difahami, langkah ini diambil berikutan pelanggaran pelbagai syarat syarat yang telah ditetapkan oleh pihak pemantau kewangan di Rusia dalam lesen yang diberikan sebelum ini.

Nama pihak atasan dalam pengurusan broker juga telah didedahkan satu persatu oleh pihak Bank Negara Rusia dalam tindakan berskala besar ini.

Kartel Broker

Dulu, pihak Bank Negara Rusia dilihat memberi sokongan padu pada syarikat brokerage yang rapat dengan kerajaan Rusia itu sendiri namun kini mereka seperti tidak boleh berkompromi lagi dengan taikun taikun brokerage ini.

Banyak syarikat yang tempatan telah mengambil langkah dengan membuka pejabat dan mendapatkan lesen dari beberapa pihak yang beroperasi di kepulauan luar dari Rusia. Dan kini fokus perniagaan mereka terarah pada pasaran luar untuk kekal bersaing dalam industri.

TINGGALKAN PESANAN