China Construction Bank Malaysia akan terlibat dalam Pembinaan Bandar Malaysia

375
malaysia city landscape

Pada 27 Januari 2017, pihak China Construction Bank Malaysia(CCBM) yang telah mendapat lesen dari BNM pada 1 November 2016 akan  memulakan operasi mereka di Malaysia.

Pejabat utama CCBM berada di lokasi Ground Floor,South Block, Wisma Selangor Dredging Berhad 142A, Jalan Ampang 50450 Kuala Lumpur.

China Construction Bank yang berpangkalan di China telah tersenarai di tempat kedua dalam senarai FORBES sebagai Syarikat awam terbesar dunia bagi tahun 2016 dengan penguasaan pasaran berjumlah 1.26 trilion dolar US.

CCBM akan fokus untuk membiayai kewangan dalam bidang infrastruktur di Malaysia dan akan dijangkaan dapat menjadi pemangkin untuk Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi.

Pihak Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan lesen tersebut di bawah Akta Khidmat Kewangan 2013 dan menyatakan CCB Malaysia akan mengukuhkan lagi ekonomi dan hubungan kewangan diantara China dan Malaysia . 

Ini juga dapat membantu menambah dinamik pasaran kewangan di Malaysia tambahan penyertaan CCBM sebagai salah satu bank yang terlibat dalam penyediaan dana bagi pembangunan Bandar Malaysia yang bernilai 13 trilion dolar US di samping Bank of China, Industrial and Commercial Bank of China (ICBC), China Construction Bank (CCB) dan HSBC, manakala bank tempatan yang terlibat ialah CIMB, Maybank, RHB, and Affin Bank.

Sebelum ini, dua bank dari China  iaitu Bank Of China dan Industrial and Commercial Bank of China telah mendapat kelulusan dari Bank Negara untuk beroperasi bagi pasaran kewangan Malaysia.

Pada Ogos 2016, pihak CIMB telah mengumumkan kerjasama dengan CCB untuk menguruskan pelaburan yang melibatkan aset, stok, bon dan lain lain perkara kewangan yang melibatkan pelanggan masing masing di Malaysia dan China.

TINGGALKAN PESANAN