China akan mewujudkan Bandar Mega menjelang 2020!

183
China akan mewujudkan Bandar Mega menjelang 2020!

Kerajaan China sedang dalam proses untuk mewujudkan Bandar Mega yang menghubungkan Beijing, Tianjin dan Hebei

Lebih daripada 420 syarikat yang berpangkalan di Beijing telah membuka cawangan pejabat di daerah Tianjin tahun ini. Kadar pelaburan bernilai 160 billion yuan bersamaan dengan 23.14 billion USD di anggarkan untuk merealisasikan tujuan ini.

Rancangan pembangunan ini telah di rangka sejak 2014 dengan tujuan utama untuk mengurangkan masalah kesesakan di Beijing, dan kawasan perindustrian baru akan diwujudkan di daerah Tianjin dan Hebei.

2 syarikat besar yang telah menyatakan persetujuan untuk membuat pelaburan di Bandar Mega ini ialah:

  • Didi Chuxing – Penyedia aplikasi sewaan kenderaan (Uber China)
  • Gome Finance – Penyedia pinjaman kewangan dan mikro kredit

Bandar Mega yang mudah disebut sebagai Jing Jin Ji itu akan di bina landasan keretapi bagi memudahkan pengangkutan diantara 3 bandar tersebut, kerajaan China juga sudah meluluskan bajet sebanyak 247 billion yuan bersamaan 36 billion USD.

Landasan keretapi sepanjang 1100 kilometer itu dijangka siap pada tahun 2020 merangkumi 9 projek dan akan diperluaskan ke kawasan sekitar daerah daerah tersebut menjelang tahun 2030.

TINGGALKAN PESANAN