Cadangan untuk referendum kedua bagi membatalkan rancangan Britain Keluar dari EU

258
Cadangan untuk referendum kedua bagi membatalkan rancangan Britain Keluar dari EU

Joseph Muscat dari Malta yang akan memegang jawatan sebagai Presiden bagi Dewan Euro menyatakan, Theresa May sebagai Perdana Menteri Britain harus setuju dengan nilai pembayaran untuk keluar dari kesatuan Euro sebelum memulakan proses pembahagian sempadan terutama melibatkan kawasan yang bersempadan dengan Republik Ireland..

Setelah selesai isu nilai pembayaran dan sempadan, barulah isu hubungan antara Britain dan Kesatuan Euro boleh di bincangkan dan pastinya Britain tidak akan dapat keistimewaan apabila keluar kelak jika dibandingkan dengan apa yang Britain dapat sekrang.

Kenyataan Michel Barnier, Ketua Perunding Brexit bahawa perbincangan mengenai hala tuju hubungan diantara Britain dan Kesatuan Euro tidak boleh dimulakan selagi isu pembayaran dan sempadan belum dimuktamadkan.

Ini nyata mengecewakan menteri menteri dari Britain yang berharap hubungan perdagangan boleh dimulakan dalam masa sama dengan pelan penuh proses Britain keluar dari EU.

May yang mencadangkan perbincangan keluar dari EU itu akan mengambil masa selama 3 tahun jelas akan ditolak oleh Parlimen EURO lebih lebih lagi ianya akan bertembung dengan pemilihan Parlimen pada 2019 .

Komen Joseph Muscat lagi, mengenai pembatalan Brexit dimana jika terdapat permintaan Britain untuk membatalkan keputusan keluar dari Kesatuan Euro, ianya boleh di hentikan jika penduduk Britain sendiri setuju memutuskannya setelah merasai dan faham situasi yang berlaku dan kesan kesan yang akan berlaku jika Britain terus kan keputusan untuk keluar.

John Mayor, bekas Perdana Menteri Britain menyatakan ada asas untuk membuat pengundian Brexit bagi kali kedua berdasarkan sentimen semasa.

TINGGALKAN PESANAN