Bukan sekadar Proton, Geely juga kini memiliki broker Saxo Bank

90

Dua bulan lepas, Geely ni dah berjaya dapat keizinan untuk jadi pemegang saham terbesar di Saxo Bank(Saxo) dari Danish FSA (Financial Supervisory Authority). Kini mereka sah sebagai pemilik Saxo.

Pada Oktober tahun lepas, pihak Geely telah membuat tawaran untuk menjadi pemegang saham terbesar di Saxo,langkah Geely ini diikuti oleh  Sampo plc yang merupakan organisasi kewangan dari Finland yang membuat tawaran bagi mendapatkan saham Saxo sebanyak 19.9%

Kini, pegangan majoriti sebanyak 52%  dimiliki  oleh Geely di ikuti oleh CEO dan founder Saxo iaitu Kim Fournais sebanyak 25.71% , juga Finland’s Sampo plc  memegang saham sebanyak 19.9% , dan individu atau entiti yang memegang sejumlah kecil saham di Saxo. Untuk rekod, transaksi ini menunjukkan Saxo Bank memiliki nilai sebanyak  1.55 bilion dolar(USD) .

Juga, pihak Saxo Bank telah menamakan Daniel Donghui Li sebagai Pengerusi baru mereka beserta perlantikan jawatan jawatan lain bagi memastikan Saxo kekal utuh dan mampu menongkah lebih jauh lagi di masa mendatang.

  • Daniel Donghui Li, Chairman
  • Henrik Normann, Vice-chairman
  • Ian Zhang, Board Member
  • Preben Damgaard, Board Member
  • Patrick Lapveteläinen, Board Member

Dari pihak Forex Malaysia,Geely ni semakin dikenali dalam beberapa bidang termasuk forex dan kami melihat Proton telah membuat tindakan tepat bekerjasama dengan Geely yang merupakan organisasi kukuh dan berjaya .

 

 

 

TINGGALKAN PESANAN