Wednesday, November 21, 2018
Laman Utama Berita Lokal Buat perbandingan harga barang selepas SST

Buat perbandingan harga barang selepas SST

41

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan dicadang menyenaraikan perbandingan harga barang dapur ketika pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan selepas pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Bekas menteri Kabinet, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, ia bagi membuktikan ketepatan dasar manifesto PH.

“Banyak sangat salah faham dan kekeliruan kini. Tiada pihak yang benar-benar secara jelas dan terperinci menerangkan hal ini. Kita tak harus berjuang dalam kekaburan,” katanya di laman Twitter, hari ini.

SST dilaksanakan pada 1 September lalu bagi menggantikan GST yang diperkenalkan kerajaan BN sebelum ini.

 

Hari ini, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Menteri Kewangan Lim Guan Eng akhirnya mengakui ada harga barang turut naik selepas SST dilaksanakan walaupun pembantunya, Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua pernah bertegas di Parlimen bahawa harga barang akan turun dengan SST.

Menurutnya, Guan Eng kini berkata SST bukan sebab utama untuk kenaikan harga barang tetapi banyak faktor-faktor lain seperti barang diimport, penyusutan nilai ringgit, musim perayaan, kegiatan penyeludupan, kemarau di negara pengeluar selain sikap peniaga yang mahu mengaut keuntungan berlebihan.

TINGGALKAN PESANAN