Broker forex dihalau keluar dari China??

556

 

 

Berdasarkan sumber dari LeapRate,  beberapa broker forex luar negara yang mempunyai pejabat dan menjalankan operasi di China telah di beri arahan oleh pihak berkuasa untuk menutup operasi dan mengosongkan pejabat mereka di China.

Tindakan ini bermula pada 3 minggu lepas sempena sambutan perayaan Tahun Baru China, beberapa wakil broker dan pihak pengurusan telah dipanggil untuk perjumpaan bersama pihak berkuasa.

 

Dalam perjumpaan tersebut, wakil kepada broker  menghadap beberapa wakil penguatkuasaan yang terlibat dalam bidang kewangan, bidang kerajaan termasuk juga pihak polis China.

Pihak berkuasa China memberitahu, bahawa  operasi broker forex merupakan satu operasi yang tidak sah terutama melibatkan pemberian leverage dan pihak broker forex perlu memberikan pelan kepada pihak berkuasa China bagaimana dan bila mereka akan keluar dari China.

Dipahamkan juga, pihak berkuasa China dalam proses mengesan individu atau mana mana entiti yang terlibat dengan broker forex luar, sama ada IB  atau mereka yang bergelar fund manager di China.

Biarpun belum ada lagi kenyataan rasmi dari pihak berkuasa China, pihak LeapRate percaya bahawa tidak semua broker forex telah dipanggil untuk perjumpaan dan tindakan yang dilakukan ini merupakan langkah awal untuk pihak berkuasa China mengharamkan segala jenis pelaburan yang melibatkan unsur pinjaman(leverage).

 

Pengharaman dagangan Crypto yang dilakukan baru baru ini oleh pihak berkuasa China nampaknya akan diperluaskan pada operasi forex selepas ini. Salah sebuah broker forex yang  telah beroperasi selama 3 tahun dan mempunyai 5 pejabat di 4 bandar China iaitu broker BMFN telah menutup semua operasi mereka setelah CEO mereka dipanggil untuk berjumpa dengan pihak berkuasa China.

 

 

TINGGALKAN PESANAN