Broker Australia (Direct FX) tutup kedai?

137

Direct FX merupakan salah satu broker Australia yang sebelum ini bergelut dengan beberapa isu telah mengisytiharkan penutupan  perkhidmatan penyediaan platform dagangan forex kepada semua pelanggan.

Proses ini  berjalan sejak 10 Oktober lalu dan ianya diuruskan oleh pihak Deloitte , dimana mereka akan menjalankan proses membubarkan Direct FX dan memastikan lebihan wang yang ada akan diserahkan kepada penghutang dan juga para pelanggan mereka.

John Tracy yang mewakili pihak Deloitte bertanggungjawab untuk memastikan semua proses berjalan dengan baik dan membolehkan para pengeluar modal di Direct FX mendapat ganti rugi berdasarkan lebihan wang yang masih ada.

Untuk info, lesen ASIC yang diperoleh oleh Direct FX telah digantung oleh badan pemantau Australia sejak April lepas, ianya berkaitan dengan kegagalan pihak Direct FX untuk menyediakan modal berbayar yang diperlukan oleh badan pemantau, proses melunaskan pembayaran kepada beberapa pedagang yang membuat withdrawal dari akaun juga bermasalah serta  pihak Direct FX lambat untuk menggantikan nama pihak pengurusan berdasarkan jawatan penting syarikat pada badan pemantau bagi lesen ASIC mereka.

Namun, di dalam notifikasi di laman web Direct FX, mereka menyatakan tidak menerima klien baru sekarang dan pelanggan sedia ada hanya boleh menutup order di platform Direct FX.Segala urusan dagangan akan dihentikan sehingga pihak Dirext FX melancarkan semula bisnes mereka dimana ianya bergantung pada kelulusan pihak ASIC dan sekurangnya 10 minggu diperlukan untuk mengetahui jika mereka boleh beroperasi semula.

Bagi pelanggan sedia ada yang inginkan bantuan untuk menutup order dan juga menutup akaun dikehendaki menghubungi support@directfx.com, pihak bantuan sokongan sedia membantu anda dan mereka meminta maaf atas masalah yang berlaku

 

 

 

 

 

TINGGALKAN PESANAN