Berita Cysec Februari 2017

608

Berdasarkan sumber berita dari Leaprate  mengenai arahan terbaru dari Cysec, iaitu biarpun baru sahaja diumumkan pada tahun lepas berkenaan pihak Cysec mnegarahkan broker forex berhenti dari memberi tawaran bonus deposit dan menetapkan leverage ke 1:50(kecuali kepada trader berpengalaman). 

Kini pihak Cysec memberikan arahan terbaru melalui notis terbaru yang di tandatangan oleh Demetra Kalogerou(Pengerusi Cysec) melibatkan fungsibahagian pemasaran, penggunaan khidmat pihak ketiga, makluman tentang maklumat pelaburan kewangan dan juga kemahiran/mengikut peraturan  pihak pekerja di bahagian jualan.

Antara syarat baru yang ditetapkan ini fokus untuk menghentikan taktik pemasaran yang terlalu agresif yang membuatkan berlakunya salah faham kepada bakal pelanggan/pelabur dan ianya melibatkan banyak broker.

Antara syarat terbaru ialah

Pihak broker perlulah memastikan mereka yang berkelayakan sahaja memberikan pandangan mengenai pelaburan dan bukan pekerja di bidang pemasaran.

Penggunaan nama sebenar adalah diperlukan apabila berkomunikasi dengan pelanggan.

Tidak menggunakan ayat yang agresif

Tidak terlalu menekan pelanggan

Menggesa atau memberikan pandangan untuk pelanggan membuat deposit atau pelaburan

Menggunakan pihak luar untuk melakukan pemasaran atau berhubung secara terus dengan pelanggan.

Wakil dari Cysec menyatakan:

Teknik pemasaran agresif yang dijalankan oleh syarikat penyedia kewangan atau broker forex terbukti memberikan kesan buruk kepada para pelabur dan merosakkan keyakinan pengguna dalam industri. Syarikat yang berdaftar di Cysec perlu berkomunikasi dengan pelanggan dengan jujur dan adil, mengikut segala syarat yang ditetapkan bagi melindungi para pelabur.