Wednesday, November 21, 2018

Asas Forex

128

Belajar Forex (Tukaran Mata Wang Asing)

Sebelum belajar forex atau terlibat dengannya, ada beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan. Saya percaya anda datang ke sini setelah mendengar banyak perkara yang menarik tentang Forex.

Tetapi sebelum itu saya nak ingatkan bahawa…

Forex bukan untuk semua orang.

Berikut adalah REALITI yang anda perlu jawab secara jujur dengan diri sendiri sebelum memulakan langkah pertama ke dalam bidang ini:

Jangan trade Forex jika anda…

Pemalas dan cepat putus asa.
Ok, sini bukan tempat anda. Maaf kerana kasar bahasa. Tetapi ini untuk kebaikkan anda sendiri. Jika anda teruskan juga, saya 100% pasti anda akan lebih kecewa nanti kerana tiada benda cepat & senang di sini. Hanya orang yang betul-betul tabah sahaja boleh bertahan.
Tak mahu rugi langsung, satu sen pun tak nak.
Mana ada business yang tak rugi, masing-masing ada risiko. Dalam 10-100 kali trade mesti ada trade yang rugi. Mustahil nak perfect 100%. Kalau 60% untung 40% rugi pun bagus sangat dah. Pasang surut dalam perniagaan tu biasalah kan. Jika anda tak mampu terima kerugian, baik jangan mula. Silap-silap boleh gila nanti.
Sedang dalam kesusahan dan ada masalah kewangan yang teruk.
Forex adalah perniagaan berisiko tinggi. Jadi sebaiknya trade bila dah ada duit lebih untuk buat modal dan tidak membebankan kehidupan anda.
Anggap Forex sebagai skim cepat kaya dan semudah ABC.
Memang tak mustahil untuk cepat kaya atau jadi jutawan Forex. Tapi skill (pengalaman) itu bukan boleh dapat dalam sehari sahaja. Semua kena belajar dan praktis sampai betul-betul faham.
Nak menunjuk-nunjuk jadi trader Forex.
Haha! jangan ingat tak ada, ramai yang berperangai pelik begini. Tapi di zaman millennium ni orang tak hairan dah, terlalu ramai full time trader sekarang. Kalau nak tahu, mereka sebenarnya lebih suka jadi low profile. Bukannya pung-pang sana sini.
Tiada ketahanan mental dan ada penyakit kronik.
Jangan gelak, benda ini bukan main-main. Jangan ingat trade Forex just duduk rilek goyang kaki. Tapi yang sebenarnya otak ligat bekerja, jantung pulak berdegup kencang. Orang yang mudah terganggu emosi dan ada masalah jantung sangat tidak sesuai melibatkan diri dalam bidang ini.
Ada plan untuk scam orang lain.
Dah banyak terjadi kes penipuan ini kat Malaysia. Tak kurang juga yang buat Forex macam MLM. Yang menanggung nama busuk dan dipandang sinis adalah trader yang sebenar.

Kelebihan Forex

Ok, jika anda BEBAS daripada perkara di atas, bolehlah mula tengok apa yang best sangat tentang forex sehingga menyebabkan ramai berangan nak jadi full time forex trader.

  • Boleh buat di mana-mana yang anda suka, janji ada internet. Sekarang trade di handphone pun boleh.
  • Tiada bos yang arah itu ini. Anda sendiri bos, anda sendiri kuli.
  • Nak buat full time atau part time ikut suka masing-masing.
  • Tiada orang tengah. Tak perlu cable-cable, bodek sana-sini.
  • Modal kecil dan kos transaksi murah.
  • Keuntungan tanpa batas.
  • Boleh buat bila-bila anda suka, pasaran buka 24 jam sehari.
  • Tiada persaingan seperti perniagaan konvensional. Maksudnya tak perlu nak berebut-rebut pelanggan.
  • Tiada siapa boleh monopoli market. Ingat senang ke nak pusing market $5 trilion tu?
  • Ada leverage. Modal kecil, tapi boleh trade macam ada modal besar.
  • Risiko terhad. Anda hanya boleh rugi modal yang dilaburkan sahaja.
  • Banyak material percuma; boleh belajar forex online, download ebook (buku pdf), ada demo account untuk praktis, video tutorial dan ada juga broker yang bagi account bonus percuma tanpa deposit.

Menarik bukan?Tapi anda harus ingat, proses belajar Forex haruslah dilakukan secara berperingkat (step by step). Tak boleh main lompat-lompat (skip) atau terjun macam tu jer.

Masalah utama pemula atau trader baru adalah tak sabar nak tengok chart dan terus trading. Ilmu basic masih belum cukup. Bila loss terus salahkan Forex penipu, sedangkan puncanya adalah diri sendiri.

Forex jika kita lihat on paper memang nampak senang. Tapi realitinya agak susah.

Kejayaan takkan datang tanpa usaha yang keras dan semestinya mengambil masa. Bergantung dengan keupayaan individu dan rezeki masing-masing, ada yang boleh berjaya dalam masa singkat dan ada yang perlahan.

Tujuan sebenar belajar Forex adalah bagaimana untuk membuat keputusan yang betul disamping untuk meminimumkan kerugian. Percayalah, keuntungan akan datang dengan sendirinya.

Belajar Forex Mudah Bahasa Melayu

Pengenalan kepada Forex

Mesti persoalan ini bermain dalam kepala anda sejak dari awal lagi:

Apa itu Forex?
Bagaimana nak buat untung?
Bagaimana nak mula?

Ok, kalau nak jadi Forex trader, anda akan lalu step di bawah:

  1. Belajar forex dan cuba fahami sebaik mungkin.
  2. Buka akaun demo (percuma) dan praktis sambil ulang kaji.
  3. Buka akaun real (modal kecil) dan praktis lagi sehingga konsisten.
  4. Trade akaun real dengan modal yang lebih besar dan jana keuntungan.

Dah nampak flow dia kan?

Kalau berminat, bolehlah mula belajar. Tarik nafas dalam-dalam, kerana perjalanan yang bakal anda tempuh adalah sangat panjang dan mencabar.

Sebagai permulaan, anda boleh baca secara sepintas lalu berkenaan Forex dan sejarahnya di wikipedia.

Semoga berjaya!

TINGGALKAN PESANAN