Bagaimana broker STP membuat keuntungan?

456
Artikel ini di tulis berdasarkan info yang disiarkan oleh leaprate berdasarkan penerangan dari Yuhan Mo yang bekerja sebagai Akaun Manager di Advanced Markets.
Yuhan menerangkan broker STP mempunyai beberapa cara untuk mendapatkan keuntungan antaranya:
Markup spread
Mengenakan komisyen atas position trading
atau melibatkan keduanya sekali
Komisyen yang dikenakan boleh dilihat di MT4 kerana ianya telah ditolak siap siap bergantung pada nilai lot yang trader lakukan jual beli.
STP broker juga boleh memilih untuk markup spread kepada position yang dibuka oleh klien, kerana pasaran jual beli matawang online ini berlakunya turun naik harga, maka julat markup yang dikenakan tidak terlalu membebankan dan boleh diterima oleh para trader.
Yang penting pada broker STP ialah kos yang dikenakan oleh liquidity provider kepada mereka, dimana kos yang dikenakan bergantung pada jumlah trading volume keseluruhan broker tersebut. Andaikata trading volume mencecah sekian jumlah, kos yang dikenakan kepada pihak broker akan berkurangan. Pihak liquidity provider menyukai jumlah trading volume yang tinggi dan pihak broker suka untuk mengenakan kos semampu mungkin pada trader yang menggunakan servis broker mereka untuk melakukan trading.
Secara ringkas, keuntungan broker STP ialah kos yang dikenakan pada klien tolak dengan kos yang pihak broker bayar kepada liquidity provider. Namun, pihak broker juga perlu menanggung kos operasi,kos marketing dan bayaran lesen dari pihak pemantau, jadi kos kos juga ini akan di ambil kira berdasarkan anggaran kasar purata trading volume yang dilakukan trader apabila pihak broker membuat kiraan jumlah komisyen yang sesuai untuk dikenakan kepada trader atau menentukan berapa markup spread yang sesuai supaya berlakunya keadaan menang menang pada dua pihak.
Selalunya pihak broker akan melakukan pelbagai jenis promosi atau memberikan tawaran menarik bagi menggalakkan para trader memlakukan trading, ini membantu menaikkan jumlah trading volume dan pihak broker boleh mendapatkan kos yang rendah dari liquidity provider.