ASEAN, EU setuju runding semula FTA

76
Agensi/ CNA

KESATUAN Eropah (EU) dan ASEAN bersetuju memulakan semula proses mewujudkan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA), kata Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, menurut laporan laman berita Singapura, Channel NewsAsia (CNA), hari ini.

EU dan ASEAN melancarkan rundingan untuk perjanjian itu pada 2007, namun proses itu tertangguh dua tahun kemudian dengan EU mengadakan rundingan dua hala dengan negara individu ASEAN.

“Sebagai penyelaras, kami berharap untuk mewujudkan rangka kerja bagi mengenal pasti bidang berpotensi dalam perjanjian ini. Pastinya, usaha mewujudkan perjanjian mungkin memerlukan masa lebih lama berbanding setakat hujung tahun ini.

“Namun, jika kita boleh menentukan bentuk perjanjian, peluang besar yang ada dan apa yang boleh kita dagangkan, saya berharap kita akan mencapai kejayaan lebih baik,” kata Lee yang bakal memainkan peranan sebagai penyelaras hubungan ASEAN-EU mulai Ogos depan.

Dunia kini mengalami gelombang populisme dan ketidaktentuan dasar pentadbiran Amerika Syarikat (AS) di bawah Presiden Donald Trump.

Lee berkata, pihaknya perlu bekerjasama dengan rakan yang sependapat mengenai kepentingan sistem multilateral di seluruh dunia.

Selain itu, katanya, kerjasama itu juga perlu dilakukan sejajar dengan peraturan dan undang-undang antarabangsa.

“Kami berharap negara Eropah mampu menangani ketegangan sosial dan politik mereka, bagi mengelak mereka mendapat kerajaan radikal dan perlu mampu memainkan peranan di peringkat antarabangsa.

“Kerajaan sesebuah negara mungkin sependapat mengenai sistem multilateral, namun jika tidak mampu menangani isu domestik sendiri, mereka tidak mempunyai platform yang kukuh,” katanya.

MELALUIMetro
KONGSI BERSAMA
Artikel sebelumnyaTrump langgar protokol diraja
Artikel seterusnyaNawaz Sharif ditahan di Lahore
Forex Malaysia adalah platform penerbitan sosial menyediakan berita global dan tempatan mengenai forex dan ekonomi global

TINGGALKAN PESANAN