Apa lagi sebab matawang negara Asian jatuh?

202

Kebanyakan matawang Asean berada dalam tekanan dengan peningkatan mendadak nilai matawang US setelah Trump menang pemilihan presiden.

Matawang Jepun(yen) sendiri mengalami penurunan dalam minggu, USD.JPY merekodkan harga 111.36 tertinggi sejak bulan Mei.

Ringgit antara yang mengalami penyusutan ketara dimana dolar US meningkat 6% dalam bulan November ini.

Polisi Trump yang bersifat melindungi ekonomi US membuatkan dolar US menjadi tarikan utama kepada para pelabur. Dan ini satu keadaan yang tidak bagus kepada negara negara yang berhutang menggunakan dolar US sebagai medium bayaran.

Namun, bukan hanya kerana Trump menang membuatkan matawang negara tertentu semakin merudum. Kita lihat apa yang berlaku di beberapa negara yang menjadi penyumbang keatas kemerosotan matawang negara mereka.

Di Korea Selatan misalnya, Presiden Park Geun-Hye berada dalam tekanan apabila dilihat membenarkan sahabat rapatnya, Choi Soon Sil untuk terlibat secara terus dalam urusan politik negara.

Semakin ramai rakyat yang bertindak memprotes tindakan Park dan pihak politik pembangkang sedang dalam proses mengumpulkan tandatangan serta mendesak untuk negara tersebut membuat siasatan dan mengambil tindakan berkenaan kes tersebut, termasuklah membuat usul untuk memecat presiden Park.

Di Malaysia pula, kes 1MDB yang diberi liputan meluas sebelum ini juga merupakan salah satu penyebab ringgit merudum, terutama sekali tuduhan bahawa 1MDB telah menyeleweng duit rakyat.

Indonesia juga tidak terkecuali apabila terdapat gesaan untuk proses penyatuan rakyat biarpun nampak ketidak sefahaman antara agama semakin meningkat.

Myanmar juga tidak terkecuali, ianya melibatkan isu di daerah Rakhine dimana kawasan tersebut dalam keadaan darurat sejak Oktober berikutan keganasan dari pihak tentera Myanmar dan orang kampung berketurunan Myanmar terhadap orang Islam di sana.

Hong Kong pula menghadapi masalah dengan Beijing apabila terdapat isu pihak Beijing menafikan kedudukan dua orang pegawai undang undang dari Hong Kong yang dilantik sebelum ini.

Manakala di Thailand, kematian King Bhumibol pada Oktober lepas masih ditangisi oleh rakyat. Namun, keadaan ekonomi di Thailand masih belum menampakkan peningkatan ketara, kerana negara itu baru dua tahun terlepas dari pemerintahan tentera dan anak kepada King Bhumibol masih belum dapat kepercayaan penuh dari para pelabur.

Disebalik kemenangan trump pada pemilihan presiden yang membuatkan dolar US meningkat secara mendadak, boleh dikatakan ianya bukan lah sahaja penyebab yang membuatkan matawang negara lain dalam keadaan menurun.

TINGGALKAN PESANAN