Amaran Taufan Maria di Taiwan

120

KERAJAAN Taiwan mengeluarkan amaran Taufan Maria bakal melanda negara itu, selain runtuhan lumpur dan banjir mungkin berlaku.

Taufan Maria berada pada jarak 1,100 kilometer di timur-tenggara ibu negara Taipei dengan kelajuan angin mencecah 200 kilometer sejam pada 2.30 petang waktu tempatan.

Ombak mula membadai pantai utara dan timur pulau itu manakala biro cuaca meramalkan kesan taufan akan menjadi lebih kuat pada malam ini dan pagi esok.

“Kami menggesa orang awam agar berjaga-jaga selain memberi kerjasama dengan sebarang aktiviti pemindaan,” kata Menteri Dalam Negeri, Yeh Jiunn-rong.

Setakat ini tiada pemindahan dibuat, tetapi Yeh memberi amaran bahawa hujan lebat mungkin menyebabkan risiko banjir dan runtuhan lumpur.

Sementara itu, Kementerian Pertahanan mengumumkan lebih 30,000 tentera akan bersiap sedia bagi membantu menangani bencana itu.

TINGGALKAN PESANAN