Akta Syarikat 2016 akan mula dikuatkuasakan tahun ini melibatkan penambahbaikan untuk perniagaan

368
Akta Syarikat 2016

Akta Syarikat yang dilulus Parlimen tahun lalu akan dikuat kuasa berperingkat bermula 31 Januari ini.

Akta Syarikat 2016 itu bakal menggantikan Akta Syarikat 1965 dan akan memberikan suntikan baru ke arah pemudahcaraan menjalankan perniagaan di Malaysia.

Pengerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Datuk Seri Jamil Salleh berkata, inisiatif untuk memodenkan kerangka perundangan korporat itu diharap dapat membudayakan semangat keusahawanan di kalangan masyarakat awam, memandangkan terdapat pelbagai polisi yang bakal beri impak positif terhadap syarikat.

“Di bawah akta baharu, terdapat pelbagai ‘deregulatory measures’ diperkenal. Sebagai contoh, mesyuarat agung tahunan tidak lagi perlu diadakan syarikat persendirian, sebaliknya resolusi syarikat boleh dibuat melalui resolusi edaran sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan.

Bagi tujuan melancarkan lagi pelaksanaan Akta Syarikat ini, katanya, Peraturan-Peraturan Syarikat 2017 juga dikuat kuasa tarikh sama.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SSM yang juga Pendaftar Syarikat, Datuk Zahrah Abd Wahab Fenner berkata, “Peruntukan akta baharu itu dijangka mengurangkan beban dan kos pematuhan, memberi kemudahan kepada syarikat dan meningkatkan tahap kecekapan, kebertanggungjawaban serta perlindungan terhadap pihak berkepentingan selaras dengan piawaian tadbir urus korporat antarabangsa dan moden.

Tambah Zahrah, melalui pemansuhan Akta Syarikat 1965, individu yang berhasrat untuk menubuhkan syarikat boleh menjadi pengarah tunggal, selain tidak memerlukan setiausaha semasa pendaftaran syarikat. “Setiausaha boleh dilantik sele­pas pendaftaran dalam tempoh 30 hari. Antara kelebihan lain adalah kewajipan untuk juruaudit syarikat awam menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan yang ketika itu penyata kewangan dibentangkan manakala juruaudit syarikat persendirian perlu berbuat demikian hanya apabila diminta oleh Lembaga Pengarah,” ujarnya.

Sementara itu, katanya, Rang Undang-Undang Skim Kepentingan merupakan satu undang-undang khas yang berasingan bagi mewujudkan persekitaran perniagaan yang dikawal selia dengan efektif untuk menyediakan alternatif penjanaan dana berdasarkan prinsip perusahaan bersama. “Rang undang-undang itu bertujuan menyediakan kerangka undang-undang bagi mengawal selia pendaftaran, pentadbiran dan pembubaran serta mewujudkan meka­nisme bagi melindungi hak peme­gang berkepentingan,” 

TINGGALKAN PESANAN