Wednesday, July 17, 2019
Laman Utama Berita Lokal Agong berangkat ke hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Agong berangkat ke hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja

135
Sultan Nazrin Shah (enam, kiri) mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-249 di Istana Negara hari ini. Berangkat sama Sultan Muhammad V (enam, kanan), Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah (dua, kiri), Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin (empat, kiri), Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail (empat, kanan) dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir (dua, kanan). Turut kelihatan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (lima, kanan), Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari (kiri), Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar (tiga, kiri), Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu (lima, kiri), Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man (tiga, kanan) dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun (kanan).

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V hari ini berangkat menghadiri hari kedua Mesyuarat ke-249  Majlis Raja-Raja di Istana Negara di sini.

Keberangkatan baginda diiringi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Mesyuarat itu yang bermula semalam, dipengerusikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

Turut berangkat hadir ialah semua Raja-Raja Melayu kecuali Sultan Pahang dan Kelantan.

Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah manakala Kelantan diwakili Pemangku Raja Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Faiz Petra.

Pada hari kedua mesyuarat yang bermula kira pukul 10.40 pagi itu, Raja-Raja Melayu diiringi Menteri Besar masing-masing manakala Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Sabah dan Melaka diiringi Ketua Menteri masing-masing.

Sementara itu, Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud diiringi Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. – Bernama

TINGGALKAN PESANAN