17,000 mangsa skim ponzi VenusFx

622
venusfx-scam
Penyiasatan terhadap syarikat pelaburan NexusFX yang menggunakan medium forex untuk menjerat mangsa telah dimuktamadkan oleh pihak polis dengan anggaran 17,000 orang telah menjadi mangsa melibatkan jumlah lebih dari RM 10 juta sejak tahun lepas.
Berita mengenai penipuan pelaburan ini juga telah mendapat liputan di TV3 baru baru ini di mana lebih dari 1500 pelabur telah berjumpa dengan salah seorang pemimpin MIC untuk mendapatkan bantuan perundangan dan mendapatkan kembali wang pelaburan mereka.
Pihak polis juga telah menghantar laporan penuh berkaitan isu ini kepada pihak Peguam Negara.
Sejak November lepas, penyiasatan  telah dilakukan dan pelbagai pihak yang terlibat telah disoal siasat termasuklah 4 orang pengarah Venusfx termasuk seorang Datuk Seri dan isterinya juga berstatus Datuk dalam syarikat MVEF serta pihak broker yang terlibat dalam menganjurkan skim tersebut.
Di beritakan, ribuan pelabur termasuk dari luar negara menyertai skim ini apabila melihat rakan rakan dan ahli keluarga mendapat pulangan lumayan daripada pelaburan yang dibuat. Nampak jelas, syarikat tersebut melakukan penipuan Ponzi dan tidak terlibat dalam dagangan forex yang sebenar.
Sementara itu,pihak Bank Negara Malaysia juga sedang menjalankan siasatan berasingan terhadap kes ini berkaitan isu pengambilan deposit tanpa lesen.

TINGGALKAN PESANAN