Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

162

Peniaga menjangkakan ringgit menerima beberapa sokongan belian mulai hari ini selepas wujud sentimen positif dengan pengumuman pelantikan gabenor BNM baru.

Pasaran gembira dengan pelantikan Nor Shamsiah sebagai gabenor BNM baru memandangkan ia menunjukkan dasar status quo.

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini susulan menunggu peserta pasaran, kata peniaga.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan disebut pada 4.0100/0130 berbanding dolar AS daripada 4.0010/0040 yang direkodkan sewaktu penutup pasaran Jumaat minggu lepas.

Bagaimanapun peniaga menjangkakan ringgit menerima beberapa sokongan belian mulai hari ini selepas wujud sentimen positif dengan pengumuman mengenai pelantikan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) baharu, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus, berkuat kuasa 1 Julai, 2018.

“Pasaran gembira dengan pengumuman itu memandangkan ia menunjukkan dasar status quo,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Nota tempatan tinggi berbanding dolar Singapura kepada 2.9461/9494 daripada 2.9484/9511 dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3161/3204 daripada 5.3189/3245.

Ringgit bagaimanapun lemah berbanding yen Jepun kepada 3.6581/6618 daripada 3.6323/6360 serta rendah berbanding euro kepada 4.6733/6784 daripada 4.6644/6683.

TINGGALKAN PESANAN